lovely shuha

Friday, 7 September 2012

tik tok tik tok

masa berlalu macam air terjun lajunye...

last day duduk kat kerusi ni, sentuh keyboard ni, pegang mouse ni, ishh ishh ishh ... sedihnya....
hiba menyelubungi tetibe... tapi  xpe... jgn tunjuk emosi pleaseee.....

jam pukul 4.00 ptg....
lagi 1 jam 30 minit je....
mase utk bersuka ria, bergumbira tapi x mao sedey2.... buley???
bolehhhh... chaiyokk2...



Thursday, 6 September 2012

PERPISAHAN

07/09/2012 (jumaat) tarikh akhir aku berkhidmat kat syarikat seginiaga rubber ind sdn bhd ni... terasa sangat sedih nak menghadapi hari dan tarikh tu.. Tapi aku kena kuat dan tabah untuk harungi hari tu supaya kawan-kawan yang aku sayang tak akan sedih dengan perpisahan ini.

Keputusan utk tinggalkan tempat ni bukan aku buat dengan mengikut perasaan.... Ramai yang kate aku terlalu ikutkan perasaan.. sebenarnya aku sangat sayangkan tempat kerja ni sebab aku dah berkhidmat lebih kurang 4 tahun, sejak aku jadi tunangan orang, kahwin, ank sorang, anak kedua.. pengalaman kerja + kenangan kehidupan rumah tangga banyak sejarah aku kat tempat ni...

Since first day aku kat sini, aku dah jumpe officemate yang sangat friendly.. semua pangkat kakak-kakak pada aku..  teringat lagi hari pertama aku masuk, aku punye offer letter RND clerk... aku dan ready utk menghadap segala drawing dan segala benda yang related dengan r&d.. tetibe, aku diarahkan duduk kat reception, jawab telefon... hah??? alamakkk... tunggang langgang transfer bile customer nak cakap ngan somebody yang aku x kenal sape... yang paling sadis, 1st day aku dah kene marah ngan GM sebab aku transfer phone kat dia.. rupenye ejen hartanah... sepatutnya aku tapis dulu, kasi kat secretary GM... blur aku bile GM call reception tempat aku duduk, dia tanye, "sape ni? kenapa you transfer line x kasi secretary i dulu?" ape aku jawab??? SORI... tu je yang bole kua dengan air mata sekali.. dan hati aku kate, sok aku x nak datang da.. benci aku... mane la aku tau kene tapis ke, ape ke, yang aku tau transfer je..  kang aku banyak tanye, caller marah plak...

kring......
lunch hour...
alamak... lapa gile... pagi tadi x breakfast... nebes nak masuk tempat keje baru.. nak p kantin kilang?? eee... malu... pekerja sini hampir 300 orang.. ishhh... seganlah... sudahnye start kereta merayau pegi kedai  runcit beli air ngan roti makan dalam kete......
after lunch....

Duduk la semula kat tempat receptionist tu... ade mamat duduk kat sofa.. dalam hati aku, nak tanye ke dia nak jumpe sape? client ke dia? tapi... gaya macam biasa je ngan sofa tu... biarkanlah... aku nak letak beg kat meja komputer, prang........ berterabur frame ngan ape segala atas komputer receptionist tu.. aduh.. malu nye ngan mamat kat sofa tu.. buat-buat cool je...

Tak lame tu mamat tu masuk, officemate hr dept namenye kak ija panggil aku, dia kate bos panggil.. aku pon follow la dia..  sekali masuk bilik bos tu, rupenye mamat kat sofa.. waduhhhhhhhh segannnnn
Dia kenalkan nama dia, Razi Ismail... Hr Manager tujuan dia kasi aku dok receptionist sebab dia nak tarik aku masuk hr department.. kalo aku setuju, offer letter baru akan keluar.. aku x kisah... janji aku ada kerja.. aku kan suka cari pengalaman...

Hari demi hari, bulan demi bulan, aku makin enjoy dengan kerja ni.. kawan makin ramai... 


----------------------------------------------------------------------------------------

4 tahun dah berlalu...

akhirnya aku wat keputusan nak tinggalkan tempat ni dalam masa 30min je.. notis aku keluarkan pada tarikh 09/08/2012 (20 ramadhan) nekad aku utk jadi suri rumah tangga dan suami aku izinkan...

Tetapi rezeki dan takdir masih menyuruh untuk aku teruskan bekerja.. aku cuba ke temuduga terbuka dan akhirnya aku dapat kerja lain...

pengalaman baru aku x tau lagi macam mane..


-------------------------------------------------------------------------------------------

Kepada kawan-kawan / kakak-kakak yang sangat mengambil berat, yang sangat baik dengan saya selama hari ini, saya ucapkan ribuan terima kasih dan perpisahan ini bukan perpisahan yang berpanjangan... harap-harap kita akan terus keep in touch..
jangan lupakan saya, kenangan kita, friends forever...

Saya akan rindukan korang semua, especially, kak ecah, kak ija, kak yan, kak zila...
dan yang lain-lain, kak nore, kak ina, kak lela, kak leha, abg saleh, kak mona, kak eli, kak ani,
bos-bos yang baik, en. pian, en. hasni, en. usop, en. yunus, en.aswan, en.nazri dan lain-lain

------------------------------------Selamat Tinggal------------------------------------------





Monday, 28 May 2012

SHUHA FAMILY

 ......MEMPERKENALKAN...... 


 Inilah keluargaku & kehidupanku

Nama aku NORSOLEHAN BT MD SAID

pelik kan nama solehan cam lelaki...
ni semua jabatan pendaftaran tg malim punye pasal.. 
aku lahir dengan nama NORSOLEHAH BT MD SAID
mak bapak aku kasi nama tu... 
tetibe darjah 6 wat ic, dia g wat    
NORSOLEHAN BT MD SAID
wahhhhh... panas ati... bapak aku ajak g tuka nama kat mahkamah... 
aku malas nak susahkan bapak aku, aku paham dia bukan org senang nak turun naik mahkamah, kos tambang lagi... aku redha jela.. 

Nama suami aku SHUIB BIN MOHD MUKALAS
Dia seorang yang penyabar, kelakar, memahami, senang di atur dan segalanya.. 
tapi biasa la manusia.. ada kelebihan dan kekurangan... 
tapi aku senang dan serasi bersama suamiku ini... 

Usia perkenalan kami dah 11 tahun 

Kami berkenalan dari tahun 2001 
mase tu umur aku 14 tahun
dan 
umur suami aku 22 tahun 

Uniknye percintaan kami mase tu sebab aku di layan sebagai adik. . . sungguh tak matang, suami aku pon ekotkan je ape kehendak aku mase tu.. 
  wekk ... kelakarnye  
  
Kami mengikatkan tali pertunangan pada 2 september 2007 





dan kami di ijabkabulkan pada 14 Mac 2009


Dan kami di anugerahkan permata yang tidak ternilai harganya 


-


-


-

-



Cahaya Mata lelaki yang kami beri nama 

MUHAMMAD ANIQ DANISH 
lahir pada 29 Disember 2009
jam 10 malam


dan sekarang dah pun berusia 2 tahun 

Dan kami di berikan lagi rezeki


 cahaya mata perempuan yang kami beri nama 

NUR ALYA DAMIA 
lahir pada 12 September 2011
jam 9 pagi


dan sekarang dah berusia 9 bulan 

Alhamdulillah syukur ... 

   Ya Allah
Sungguh besar nikmat yang kau beri padaku.. 
Berikanlah kami kebahagiaan dunia dan akhirat.. 

Amin


--- maka sekarang ni aku sungguh bahagia dengan kehidupan ku sekarang walaupun melalui susah payah berumahtangga dan membesarkan anak-anak---